..”ALAM” Pendidikan Khas..

•October 13, 2008 • 1 Comment

 

 

 

1. Tujuan blog

 

  • Mendalami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘Pendidikan Khas’
  •  Memberi maklumat kepada pelayar web mengenai ‘Pendidikan Khas’ dengan lebih terperinci
  •  Memberikan tanggapan dan perspektif yang positif kepada pelayar web yang menganggap ‘Pendidikan Khas’ sesuatu yang tidak penting dan menghilangkan tanggapan negatif mereka terhadap ‘Pendidikan Khas’.

 

2. Objektif

 

  • Memberikan pengertian yang jelas kepada pelayar web terhadap apa yang dimaksudkan dengan ‘Pendidikan Khas’
  • Skop yang meluas dalam Pendidikan Khas
  • Kemudahan yang disediakan untuk seseorang yang berkeperluan khas

 

3. Untuk Siapa Blog ini

 

  •  Pelayar web
  • Guru-guru sekolah khususnya guru Pendidikan Khas
  •  Murid-murid sekolah
  • Segenap lapisan masyarakat

 

4. Senarai Kandungan Blog

 

  • Latar Belakang
  • Pengenalan
  • Definisi OKU
  • Masalah Penglihatan
  • Masalah Pendengaran
  •  Masalah Emosi-Hiperaktif
  • Masalah Fizikal dan Kesihatan – Palsi Selebral
  • Masalah mental;

ü Terencat Akal

ü Sindrom Down

  • Autisma
  • Masalah Pembelajaran;

ü Lembam(Slow Learner)

ü Desleksia

  •  Pintar Cerdas
  •  Kad Kenal Diri OKU
  • Perkhidmatan dan Kemudahan kepada OKU;

ü Bantuan Alat Tiruan

ü Geran Pelancaran

ü Elaun Pekerja Cacat (EPC)

  • Perkhidmatan Kaunseling dan Khidmat Nasihat
  • Agensi yang terlibat dalam perkhidmatan, pemulihan dan pembangunan OKU
  • Kemudahan dan Keistimewaan kepada OKU oleh Agensi-agensi lain;

ü Kemudahan Pendidikan

ü Kemudahan Akses untuk OKU

ü Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan

ü Pengecualian Cukai Jalan

ü Kemudahan Pengangkutan Awam

ü Kemudahan Perumahan

ü Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan

ü Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan

ü Kemudahan Peluang Pekerjaan

ü Kemudahan Alat Ganti OKU

ü Pengecualian 50% Duti Akses ke atas Kenderaan OKU Anggota

ü Pencen Terbitan

ü Waktu Bekerja Anjal Bagi Pegawai Awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya

ü Kemudahan Telekom

 

 

 

 

 

  • LATAR BELAKANG

 

Sejak pengisytiharan Tahun Antarabangsa Orang Kurang Upaya 1980 dan pelancaran “The World Programme of Action Concerning Disabled Persons 1982” Malaysia turut memperkenalkan berbagai-bagai polisi dan program untuk membaiki kualiti kehidupan golongan orang kurang upaya.Penyertaan dan penglibatan komuniti bermula apabila komuniti mengambil bahagian dalam mengintegrasi golongan orang upaya. Kerajaan pula memulakan dasar dengan propaganda “Kebajikan Tanggungjawab Bersama”.

Seperti lain-lain Negara membangun, sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah mengalami pertumbuhan dari aspek sosial dan ekonomi. Selaras dengan itu, Malaysia telah membentuk Dasar Kebajikan Negara (DKN) pada tahun 1990. DKN bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kestabilan masyarakat untuk pembangunan Negara. Selaras dengan hasrat kerajaan melalui Wawasan 2020,ingin menjadikan Malaysia sebagai Negara yang menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan seimbang kepada semua masyarakat. Dasar dan program kepada golongan orang kurang upaya di Negara ini adalah berdasarkan strategi dan matlamat yang terkandung dalam Dasar Kebajikan Negara untuk mencapai keyakinan diri dan persamaan peluang di samping mewujudkan semangat saling bantu membantu serta berbudaya penyayang.

Pertumbuhan ekonomi yang dicapai telah memberi peluang kepada semua masyarakat memperolehi pengagihan yang adil. Pengumpulan kekayaan Negara di tangan segelintir individu diharapkan tidak lagi berlaku demi kestabilan Negara, setiap rakyat patut diberi peluang dan hak yang sama rata untuk menikmati kejayaan Negara termasuk kepada golongan orang kurang upaya. Bagi mencapai Wawasan 2020 ini Malaysia telah mengadakan berbagai perancangan, strategi, program dan aktiviti dengan kolaborasi berbagai sektor untuk mewujudkan Negara maju melalui rancangan-rancangan pembangunan yang cekap dan pantas.

 

 

 

 

 

 

  • PENGENALAN

 

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En. Abd Rahim BiN Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas.

Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,ia juga perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah (Jamila K.A Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan juag menyebabkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan sebagai malas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaan dalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru.

Individuals with Disabilities Education Act(IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof,2006 mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori seperti di bawah;

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS;

  • KURANG UPAYA PENDENGARAN
  • KURANG UPAYA PENGLIHATAN
  • KURANG UPAYA PERTUTURAN & BAHASA
  • KURANG UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL)
  • KURANG UPAYA FIZIKAL & KESIHATAN
  • KURANG UPAYA PEMBELAJARAN
  • GANGGUAN EMOSI & TINGKAH LAKU
  • PINTAR CERDAS

Jabatan Pendidikan Khas (2003) mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti di bawah;

  • BERMASALAH PENDENGARAN
  • BERMASALAH PENGLIHATAN
  • BERMASALAH PEMBELAJARAN

ü Lembam (Slow Learner)

ü Sindrom Down

ü Hiperaktif

ü Disleksia

ü Palsi Selebral

ü Autisma

Menurut modul Pengenalan Pendidikan Khas KPLI-SR-LPBS,kanak-kanak berkeperluan khas ini terdiri daripada 8kategori iaitu masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah emosi dan tingkah laku, masalah fizikal dan kesihatan, masalah mental, masalah komunikasi, masalah pembelajaran dan kanak-kanak cerdas pintar.

Bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan dan masalah pendengaran, mereka ditempatkan di seko;ah-sekolah pendidikan khas masalah penglihatan dan pendengaran. Manakala kanak-kanak yang lain diletakkan di bawah kanak-kanak Masalah Pembelajaran.

Definisi murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat pendidikan formal (En. Abdul Rahman Bin Talib,2007). Mereka ini ditempatkan di dalam Program Khas Masalah Pembelajaran yang diintegrasikan dengan sekolah-sekolah biasa.

 

 

 

 

 

  • DEFINISI OKU

Mengikut AktaOrang Kurang Upaya 2007, “Orang Kurang Upaya”(OKU) itu bermaksud seperti berikut;

“Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal,mental,intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan,boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”

 

 

 

 

 

  • MASALAH PENGLIHATAN

Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward (1996),seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.

Menurut Hallahan &Kauffman (2002), kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap)mahupun unjuran cahaya(kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya.

Menurut National Society For Prevention of Blindness(1990),ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan.

Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta. Rabun atau kurang Nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur (penglihatan <3/60) iaitu mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca.

Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi semasa hamil dan selepas lahir,rubella,sifilis,kecederaan dan penyakit. Menurut Hewett Fan Forness(1974),49% kecacatan disebabkan oleh kesalahan pada mata iaitu hiperopia,myopia,astigmatisme, 47% disebabkan jangkitan selepas lahir,33% akibat peracunan,7%-8% akibat penyakit dan 2% disebabkan kemalangan.

Menurut Menon(1981),diantara sebab-sebab menjadi buta adalah katarak iaitu 66% cacar variola,kurang zat pemakanan,kemalangan dan glaucoma masing-masing sebanyak 25%,15% disebabkan jangkitan dan 5% disebabkan trokoma. Tidak dinafikan juga,masalah ini berlaku adalah faktor baka.

Tanda-tanda fizikal yang ada pada mereka yang mempunyai masalah penglihatan adalah bebola mata yang selalu berputar, matanya sensitive terhadap cahaya,bahagian tepi mata kelhatan merah,kelopak mata bengkak,mata selalu berair,juling dan terdapat bintik-bintik ditengah mata. Mereka juga sering mengadu tidak dapat melihat dengan jelas, sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja,pandangan kabur dan kadangkala objek yang dilihat menjadi dua imej.

Tingkah lakunya pula,mereka selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu semasa melihat objek,selalu mengerut atau mengecilkan mata,kerap berkedip,selalu terlanggar objek,keliru dengan huruf,menonton televisyen dan membaca buku pada jarak yang sangat dekat dan memegang kepala dengan cara luar biasa.

Disebabkan kekurangan yang mereka ada,timbul perasaan kurang keyakinan diri dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada mereka(bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza dengan orang normal).

 

 

 

 

 

  • MASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar.Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak.Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deri dengar yang tidak berfungsi. Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.

Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan,contoh ia mempunyai pendengaran yang separa,adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling.

Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa,tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa.

Menurut Bee H.(1995),mentakrifkan kanak-kanak pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir.

  • Sebelum lahir

ü Baka disebabkan genetic

ü Bukan baka

§ Jangkitan semasa hamil seperti rubella, meningitis,campak,caar,kencing manis dan sebagainya

§ Pengambilan dadah semasa hamil

§ Mengandung terlalu kerap

§ Oksemia pada peringkat akhir kehamilan

 

  • Semasa Lahir

ü Kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim menyebabkan tekanan yang kuat di bahagian telinga

ü Kelahiran tidak cukup bulan

ü Kecederaan pada bahagian telinga semasa lahir

ü Penyakit ‘homolisis’ yang disebabkan oleh Rhesus (Rh)

 

  • Selepas kelahiran

ü Penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus

ü Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga

ü Terdedah kepada bunyi kuat

 

Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurang member perhatian di dalam kelas,kelihatan selalu berkhayal,percakapannya tidak jelas,terkejut apabila dihampiri daripada belakang,tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa.

 

Bagi perkembangan fizikal,motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanak normal. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dana melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.

 

 

 

 

 

  • MASALAH EMOSI-HIPERAKTIF

Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Ia dikenali sebagai Attention –Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit.

Menurut Marityn Friend (2005), Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu;

· ADHD Kurang Tumpuan

ü Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan kerja tidak teratur

· ADHD Hiperaktif-impulsif

ü Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi

ü Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir

· ADHD Gabungan

ü Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan,hiperaktif dan impulsive

 

Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan,kerap membuat kesalahan akibat kecuaian,gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan.

Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.

 

 

 

 

 

  • MASALAH FIZIKAL DAN KESIHATAN - PALSI SELEBRAL

‘CELEBRAL’ bermaksud OTAK. Manakala ‘PALSY’ membawa erti KURANG atau TIDAK BERUPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTAK’. Definisi palsi selebral adalah kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia. Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf ini lazimnya berlaku sebelum,semasa dan di peringkat awal bayi iaitu ketika bahagian otak kanak-kanak pesat berkembang.

Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral athetiod, palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki, pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.

Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.

Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadpi olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.

Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik,mereka berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran. Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi penjagaan diri sendiri.

 

 

 

 

 

  • MASALAH MENTAL

A. TERENCAT AKAL

Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseorang anak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi(baka) dan persekitaran. Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbanding dengan faktor persekitaran.

Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walaubagaimanapun terdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor halus.Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantau perkembangan motor halus mereka.

Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk member tumpuan atau focus kepada proses P&P didalam kelas,sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian.Mereka juga sering menunjukkan tingkahlaku yangsering mengganggu rakan.

Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan,mereka kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri,kurang matang dan mempunyai masalah dalam menguasai kiu-kiu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi murid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut,menggigit kuku,tabiat suka mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti P&P,guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti.

 

 

 

 

B. SINDROM DOWN

Sindrom Down bermaksud kecelaruan genetic yang menyebabkan kecacatan akal pada kanak-kanak. Istilah Sindrom Down diambil daripada perkataan ‘sindrom’ yang bermaksud koleksi tanda atau ciri-ciri dan ‘down’ iaitu nama seorang doktor yang berjaya mengumpulkan kesemua tanda dan punca.

Punca yang sangat jelas terjadinya sindrom down adalah kelebihan 1 kromosom iaitu pada pasangan yang ke-21(dikenali sebagai Trisomi 21). Sindrom Down terbahagi kepada tiga iaitu;

· Trisomi 21 Standard terjadi apabila kromosom 21 telah wujud di dalam sperma atau dalam pembahagian pertama

· Trisomi 21 Mozek terjadi apabila seseorang itu mempunyai sel-sel trisomi

· Trisomi 21 Transiokasi terjadi apabila kromosom berlebihan berpindah lokasi(bercantum atau melekat dengan kromosom yang lain)

Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas,belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata,bentuk muka leper,kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang kepala rata,telinganya kecil dan bekedudukan rendah,mulut kelihatan kecil dan bibir nipis,bentuk leher lebih pendek,kaki dan tangan pendek,tapak kaki lebar dan jari kaki pendek,mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi.

Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada ringan,sederhana,teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai masalah pendengaran.

Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat.

 

 

 

 

 

 

 

  • AUTISMA

Autism adalah keadaan di mana kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.istilah autisme adalah berasal daripada perkataan autos yang bermaksud diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran.

Punca menyebabkan autism adalah tidak diketahui tetapi kajian yang dijalankan tertumpu kepada masalah genetic, masalah semasa dan selepas kelahiran, fungsi otak dan lain-lain lagi.

  1. Baka

ü Adik beradik autism lebih berisiko mengalami autisma berbanding orang lain

ü Kecelaruan genetic

  1. Sebelum dan selepas kelahiran

ü Jangkitan rubella semasa dalam kandungan

ü Encephalitis

ü Kurang oksigen semasa lahir

ü Keracunan makanan

  1. Fungsi Otak

ü Ketidakfungsian serebelum,sisitem limbic dan kemungkinan temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autism

 

Perkembangan fizikal kanak-kanak autism sama seperti kanak-kanak normal dan kelihatan seperti mempunyai masalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakan orang lain. Daripada segi emosi pula ianya sukar diramal kerana ia sering berubah-ubah.

Ø Sering ketawa,menangis dan marah tanpa sebab

Ø Mengamuk tanpa terkawal jika tidak menuruti kemahuan atau melarang daripada melakukan sesuatu yang mereka ingini

Ø Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosi terganggu

 Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosi terganggu

Ø Ada kalanya mencederakan diri sendiri

 

 

 

 

 

 

 

  • MASALAH PEMBELAJARAN

 

A. LEMBAM (SLOW LEARNER)

 

Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran3M dalam pendidikan. Walubagaimanapun,adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana pemasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan pemasalahan mereka dapat dikesan.

 

Menurut Messe(2001),keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian,mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian,sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik,mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati symbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik.

 

Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi.Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

 

 

B. DESLEKSIA

Perkataan desleksia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu ‘dys’ yang bermaksud kesukaran dan ‘lexia’ yang bermaksud perkataan. Maka ini memberi maksud ‘kesukaran dengan perkataan bertulis’. Disleksia didefinasikan ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat.

Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis dan mengeja(Sanders dan Myers.1996). Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu disleksia visual melibatkan deria penglihatan,disleksia melibatkan pendengaran dan disleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran.

 

Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan.pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.

Semasa membaca pula, mereka sering berpua-pura membaca dan menunjukkan teks semasa membaca. Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah;

ü Keliru kedudukan perkataan

ü Pembalikan perkataan

ü Keliru b.inggeris dengan b.melayu

ü Penambahan huruf

ü Kependekan perkataan

ü Pembalikan huruf dalam perkataan

 

 

 

 

 

  • PINTAR CERDAS

Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru.

Menurut Ross(1993),definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenalpasti semasa pra sekolah,sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka,sama pengalaman dan persekitaran. Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek,seni dan mempunyai kepimpinan yang luar biasa

Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan cirri-ciri luar biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat. Kanak-kanak ini boleh merancang,memantau dan menilai menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain.

Dari segi emosi,mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.

 

 

 

 

  • KAD KENAL DIRI OKU

Kad Kenal Diri OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Kad tersebut terbahagi kepada 6 jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti berikut;

· Penglihatan - biru

· Pendengaran - ungu

· Fizikal - hijau

· Celebral palsy - merah

· Masalah pembelajaran - kuning

· Lain-lain - oren

Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan/program pemulihan,pencegahan,latiihan dan pendidikan serta intervensi awal. Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela,ianya seharusnya digalakkan bagi mendapat segala kemudahan dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan dan swasta.

 

 

 

 

 

  • PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN KEPADA OKU

A. BANTUAN ALAT TIRUAN

Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya,membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda,caliper,aggota tiruan,tongkat putih,mesin Braille dan lain-lain peralatan yang tidak termampu dibeli oleh orang kurang upaya. Dengan adanya alat ini mereka boleh bergerak bebas dan mencari nafkah hidup tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

 

B. GERAN PELANCARAN

 

Bertujuan membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuan dan kemahiran bagi menjalankan projek jayadiri atau perniagaan kecil yang mana mereka tidak dapat menjayakannya sebelum ini disebabkan ketiadaan modal dan peralatan. Geran ini membolehkan orangkurang upaya melancarkan rancangan mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. Had maksimum geran pelancaran ialah RM2,700.00

Kelayakan ;

ü Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

ü Orang Kurang upaya yang mempunyai pengetahuan/kemahiran bagi menjalankan perniagaan kecil sebagai mata pencarian

ü Orang kurang upaya yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan

ü Keutamaan hendaklah diberi kepada bekas pelatih institusi atau klien Jabatan

 

C.  ELAUN PEKERJA CACAT (EPC)

 

Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan;

ü Sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas

ü Sebagai elaun insentif/perangsang bagi menggalakkan seseorang yang kurang upaya berminat untuk bekerja dan berdikari

ü Untuk meningkatkan taraf hidup orang kurang upaya

 

 

 

 

 

  • PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN KHIDMAT NASIHAT

Bagi orang kurang upaya atau keluarga mereka yang menghadapi masalah dari segi emosi, keyakinan diri dan sebagainya atau memerlukan maklumat berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yang diperlukan,bolehlah mendapatkan khidmat tersebut daripada Pegawai/Pembantu Kebajikan Masyarakat yang berkelayakan atau kaunselor di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri-Negeri.

 

 

 

 

 

  • AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PERKHIDMATAN,PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN OKU

Selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ,agensi Kerajaan yang lain dan Pertubuhan Kebajikan Sukarela juga terlibat dalam perkhidmatan pemulihan bagi orang kurang upaya. Agensi-agensi berkenaan adalah seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia,Kementerian Sumber Manusia,Pertubuhan Kebajikan Sukarela dan lain-lain.

 

 

 

 

  • KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN KEPADA OKU OLEH AGENSI-AGENSI LAIN

KEMUDAHAN PENDIDIKAN

Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan program khas kepada kanak-kanak dari kategori kurang upaya penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi dan inklusif di sekolah biasa.

Kerajaan mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran. Bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi diberi elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan . Pelajar-pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan sekolah menengah diberikan elaun sebanyak rm25.00 sebulan.

 

 

KEMUDAHAN AKSES UNTUK ORANG KURANG UPAYA

 

 

Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang urus setianya ialah SIRIM telah merangka “Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang besesuaian dengan kerusi roda,lif khas dengan reka bentuk yang sesuai.tempat letak kereta,tandas khas dan sebagainya.

 

 

KEMUDAHAN DAN GALAKAN PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN

 

 

Pada tahun 1981 Kerajaan memperluaskan potongan cukai berganda kepada majikan-majikan yang melatih dan mengambil pekerja kurang upaya.Mulai tahun 1991 Kerajaan member pelepasan cukai sebanyak RM5,000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi pelepasan cukai sehingga RM5,000 kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibu bapa yang kurang upaya. Kerajaan telah member pelepasan cukai tambahan sebanyak RM6000 sebagai tambahan kepada pelepasan diri sebanyak RM8000 dan pelepasan tambahan sebanyak RM3,500 kepada pasangan yang kurang upaya sebagai tambahan kepada pelepasan sebanyak RM3,000 mulai tahun 2005

 

 

PENGECUALIAN CUKAI JALAN

 

 

Jabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan (road tax) bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004. Syarat-syarat;

ü Kereta,van dan motosikal nasional sahaja

ü Berdaftar dengan JKM

ü Kenderaan didaftarkan di bawah nama pemohon

ü Memiliki lesen memandu yang sah

ü Pengecualian di beri hanya pada sesebuah kenderaan dalam satu masa

 

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM

 

 

Sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya .Antaranya adalah SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, KERETAPI TANAH MELAYU (KTM) memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas dan banyak lagi.

 

 

KEMUDAHAN PERUMAHAN

 

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah –rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan member pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya. Syarikat Perumahan Nasional Berhad(SPNB) memberi diskaun sebanyak 20% kepada golongan kurang upaya berpendapatan rendah untuk memperolehi rumah kos rendah dan sederhana.

 

 

PENGECUALIAN BAYARAN RAWATAN PERUBATAN

 

Orang Kurang Upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

 

 

PENGECUALIAN BAYARAN DOKUMEN PERJALANAN

 

 

Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jalan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.

 

 

KEMUDAHAN PELUANG PEKERJAAN

 

 

Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perlkhidmatan Bil.10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kuota 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya

 

 

KEMUDAHAN ALAT GANTI ORANG KURANG UPAYA

 

Kerajaan member pengecualian duti impot dan cukai jalan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.

 

 

PENGECUALIAN 50% DUTI EKSAIS KE ATAS KENDERAAN OKU ANGGOTA

 

Kementerian Kewangan telah memberikan pengecualian 50% Duti Eksais ke atas kenderaan cacat anggota yang berkeupayaan memandu sahaja dengan syarat;

ü Pemohon berdaftar dengan JKM

ü Pemohon memiliki lessen memandu yang sah

ü Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukarmilik sehingga tanat tempoh 10 tahun kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan; dan

ü Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah kenderaan bagi setiap 10 tahun

 

 

PENCEN TERBITAN

 

Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

 

 

WAKTU BEKERJA ANJAL BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MEMPUNYAI ANAK KURANG UPAYA

 

 

Pegawai Perkhidmatan Awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya dibenarkan menggunakan waktu bekerja biasa untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak-anak mereka dengan syarat masa-masa yang digunakan itu digantikan bagi tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya perkhidmatan Kerajaan tidak terjejas.

 

 

KEMUDAHAN TELEKOM

 

 

Telekom Malaysia telah menyediakan insentif /kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut;

ü Bayaran sewa bulanan dikecualikan kepada golongan kurang upaya

ü Panggilan 103 tidak dikenakan sebarang caj

ü Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma

 

 

 

 

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.